About my Blog

Kenape cerita kedai kopi?? Suke aku la... =D macam sumer orang tau la kan, kedai kopi nila tmpat lepak n bersembang paling ulung dalam negare kite... Dan kebanyakan topik yang disembang sangatla kurang berpaedah... So, aku cuba nak menongkah arus dengan menjadikan cerita2 kat kedai kopi sebagai citer yang mendatangkan faedah dan munafaat... Xnk bce?? lantak same ko... aku nak tulis gak... =P

Jumaat, 27 Jun 2014

Saatnya...

Saat hilang cahaya
Saat tiba gelita
Saat sunyi dirasa
Saat nafas tiada

Sahabat, saudara, semua
Doakan saya
Tenang, aman, bahagia
Kelak disana...

Ahad, 15 Disember 2013

MONOLOG TOLONG MENOLONG

Keluarga, sahabat, guru, pensyarah, pak imam sebelah rumah, jiran tetangga atau lebih tepatnya mereka yang terdekat dengan kehidupan kita
Menolong mereka satu kewajipan

Orang asing atau ‘stranger’ omputih cakap
Menolong mereka satu kemuliaan

Mengapakah?
Mereka yang terdekat dengan kita besar kemungkinan satu hari kelak kita yang akan menagih pertolongan mereka kerana mereka berdekatan dengan kita.
Orang asing? Bantuan diberi menjadi kemuliaan kerana kemungkinan kembali berjumpa dan menagih pertolongan mereka amatlah kecil.

Dari itu sahabat… renungkan dan terus renungkan…

Ikhlaskah jiwa dan hati kita sebagai manusia??

Sabtu, 14 Disember 2013

Kembali

Menulislah... Dengan menulis kamu akan kenal bahasa... (A Samad Said)

cc: Nami Cobb Nobler