About my Blog

Kenape cerita kedai kopi?? Suke aku la... =D macam sumer orang tau la kan, kedai kopi nila tmpat lepak n bersembang paling ulung dalam negare kite... Dan kebanyakan topik yang disembang sangatla kurang berpaedah... So, aku cuba nak menongkah arus dengan menjadikan cerita2 kat kedai kopi sebagai citer yang mendatangkan faedah dan munafaat... Xnk bce?? lantak same ko... aku nak tulis gak... =P

Sabtu, 14 Disember 2013

SEMUA AKAN SAMA

Sudut penjuru, Duduk melayan teh o ais...
Sejuk ketul ais menyusur tekak... Lega...
Merenung, memerhati, mengamati...
Perlakuan sibuk makhluk bernama manusia di pinggir kota…
Tiada yang kembali merenung, memerhati apa lagi mengamati makhluk sperti mereka ini di sudut penjuru..
Ah... Siapalah aku

Pandangan sudut kiri mata
Terlihat manusia berkromosom XY brpakaian kemas dengan topi keselamatan putih di kepala, kaca hitam melekap dimatanya...
Melangkah hebat dari objek bermotor empat roda mewah bersama segulung kertas besar ditangan
Data dari mata terus melalui jalan saraf menhala ke otak
Dan brtindak balas terus ke organ hatiku... "manusia jurutera" pantas!
Terlihat dua manusia kromosom XX tersenyum simpul melintasi manusia jurutera itu
Hormon biasa manusia apabila terlihat manusia berlainan kromosom yg menarik terembes...
Sebuah objek bermotor dua tayar digerakkan manusia brkromosom XY pula melintasi
Mata hitamnya dikekalkan kearah objek mewah mnusia jurutera tadi
Rembesan hormon kagum mungkin
Ah... Biasalah.. Manusia kerja nmpak hebat...

 Kembali melegakan tekak dengan kesejukan ais dalam teh o...
 Tersembunyi seketika aroma teh..
Mata hitamku tepat ditengah
Terlihat beberapa manusia kromosom XY berpakaian biasa...
Tiada kaca hitam mlekap dimata...
Topi keselamatan... Kuning
Kali ini data yg diproses brtindakbalas "pekerja am kontrak"...
Titik air masin mengalir deras diseluruh tubuh mereka
Berpuluh pergerakan bersungguh dari anggota tubuh...
Namun... Tiada langsung perhatian dari manusia lain..
Aku Cuba betul2 memerhati dan mengamati sekeliling... Tiada!
Ah... Biasalah... Nampak tak hebat...

Puas merenung memerhati dan mengamati
Beredar...
Langkah menapakkan kaki diatas batu cantik lorong penjalan tanpa objek bermotor..
Melalui sebuah kawasan lapang, sunyi ditengah kota
Tempat tertanamnya manusia tanpa roh..
Berbagai kromosom, berbagai kerja sebelum mereka ditanam
Dua batu menjadi tanda di setiap timbusan tanah
Langkah kaki dihenti...
Mata kembali merenung, memerhati dan mengamati..
Data dari mata dihantar ke otak...
Tapi kali ini lama prosesnya untuk tindakbalas ke hati... "SEMUA SAMA"

ps: hasil dari otak aku dalam 5 bulan lepas... tak sedap? mengarut? annoying? syok sendiri? lantaklah... 

2 comments:

Saya Diri Saya berkata...

syok sendiri! bye! haha

PaRK LeE berkata...

Kuangajo ko eh... Sapotlah kawan2... Pui

Catat Ulasan